Bukan sekadar travel. Ini adalah perjalanan untuk melihat, memahami dan menyumbang
Maklumat Destinasi
Pojek Kemanusiaan
Peserta berpeluang terlibat secara langsung dalam projek kemanusiaan seperti bekalkan lembu tenusu dan anak lembu, pemanas minyak, bekalan arang batu, pakaian musim sejuk dan penyerahan ambulan. Sebuah pengalaman yang menggabungkan perjalanan, kemasyarakatan dan sumbangan bermakna kepada mereka yang memerlukan.
01
Pilih Destinasi
Pilih destinasi pilihan anda dan temui pengalaman perjalanan yang menggabungkan penerokaan, budaya dan misi kemanusiaan.
02
Pilih Tarikh & Pekej
Pilih tarikh perjalanan yang sesuai dan pakej yang menepati keperluan serta pengalaman yang anda inginkan.
03
Buat Tempahan
Lengkapkan tempahan anda dan bersedia untuk menyertai perjalanan bermakna yang membawa anda lebih dekat kepada komuniti dan misi kemanusiaan.
Projek 1: Lembu Tenusu dan Anak Lembu
- Kami menyasarkan untuk membekalkan 10 ekor lembu tenusu beserta anak lembu kepada 10 buah keluarga yang memerlukan.
- Projek ini bertujuan untuk memberikan mereka sumber pemakanan harian yang berkhasiat serta menjadi punca pendapatan yang berterusan
- Bantuan ini bukan sekadar sumbangan jangka pendek, malah ia dijangka terus memberi manfaat kepada keluarga-keluarga ini untuk bertahun-tahun lamanya
- Melalui sokongan anda, kita dapat membantu keluarga-keluarga ini membina masa depan yang lebih stabil dan berdikari.
Projek 2: Bantuan Musim Sejuk – Pemanas Minyak (Radiator)
- Memandangkan musim sejuk telah bermula di negara ini, Global Heroes mengambil inisiatif untuk melindungi keluarga yang memerlukan daripada cuaca sejuk yang ekstrem
- Melalui inisiatif ini, Global Heroes akan mengedarkan 200 unit alat pemanas minyak (radiator) kepada keluarga yang terjejas.
- Usaha ini diharap dapat membawa kehangatan dan keceriaan di dalam rumah mereka sepanjang musim sejuk ini.
Projek 3: Bantuan Musim Sejuk – Bekalan Arang Batu
- Sebagai langkah untuk memastikan keluarga yang kurang berkemampuan kekal hangat pada musim sejuk, Global Heroes menyediakan bantuan bekalan arang batu
- Projek ini akan memanfaatkan 200 buah keluarga yang sangat memerlukan
- Setiap keluarga akan menerima sumbangan sebanyak 500 kilogram arang batu bagi melindungi mereka daripada ancaman cuaca sejuk.
Projek 4: Bantuan Musim Sejuk – Pakaian Musim Sejuk
- Global Heroes turut menggerakkan usaha untuk menyediakan pakaian musim sejuk kepada keluarga yang terdedah kepada ancaman musim sejuk
- Setiap sumbangan merangkumi kelengkapan penting seperti jaket, topi, dan kasut but.
- Bantuan pakaian musim sejuk ini akan diserahkan kepada 200 buah keluarga bagi memastikan mereka dilindungi dengan baik
Projek 5: Penyerahan Ambulans (Daerah Darvoz)
- Projek ini melibatkan misi penyerahan sebuah ambulans yang kini telah pun selamat tiba di Tajikistan
- Ambulans ini akan diserahkan secara rasmi kepada hospital tempatan di Daerah Darvoz
- Sebuah majlis penyerahan akan diadakan dengan kehadiran wakil daripada Kementerian Kesihatan Tajikistan, Kerajaan Daerah Darvoz, dan ketua doktor daerah tersebut
- Inisiatif ini bukan sahaja amat bermakna buat komuniti tempatan, malah ia membuktikan impak positif daripada jalinan kerjasama kemanusiaan Global Heroes.































