FAQ
Mengenai Global Heroes
Global Heroes adalah satu inisiatif yang menggabungkan pengembaraan dunia dengan misi kemanusiaan di bawah konsep “Mengembara Dengan Misi”. Kami membawa peserta merentasi sempadan untuk meneroka dunia, menimba ilmu pengetahuan dari pelbagai perspektif, dan secara langsung menyumbang serta menyebarkan kasih sayang kepada masyarakat yang memerlukan di pelbagai negara.
Global Heroes beroperasi di bawah ibu pejabat, Kubah Emas Travel and Tours Sdn Bhd yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Penyertaan & Pendaftaran
Mendapatkan maklumat terkini mengenai “Mengembara Dengan Misi” adalah percuma tanpa sebarang kos. Untuk menyertai, bayaran hanya dikenakan sebanyak RM250 sahaja (deposit) sebagai tanda penyertaan anda.
Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai semangat yang tinggi seperti sukarelawan, aktivis dan berani menghadapi cabaran ekspedisi (Adventure), ingin mempelajari sesuatu yang baharu (Knowledge), dan mahu menyentuh jiwa komuniti antarabangsa (Love It).
Destinasi & Misi
Destinasi misi kami sentiasa dikemas kini bergantung kepada keperluan kemanusiaan semasa. Antara senarai destinasi kami termasuk:
● Tajikistan ● Filipina ● Sri Lanka ● Kemboja
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan projek-projek kemanusiaan kami dengan memasukkan alamat e-mel anda di ruangan “Sertai berita kami” pada halaman utama laman web. Kami akan menghantar maklumat dan hebahan terbaharu terus ke e-mel anda.
Maklumat Lanjut & Hubungan
Anda boleh melayari pautan “Hubungi Kami” pada laman web atau berhubung melalui platform media sosial rasmi kami di Instagram/Facebook/Tiktok.
