Bukan sekadar travel. Ini adalah perjalanan untuk melihat, memahami dan menyumbang
Maklumat Destinasi
Pojek Kemanusiaan
Peserta berpeluang terlibat secara langsung dalam projek kemanusiaan seperti aqiqah, agihan barangan keperluan asas dan bantuan kepada komuniti Muslim yang memerlukan di Kemboja. Sebuah pengalaman yang menggabungkan perjalanan, kemasyarakatan dan sumbangan bermakna kepada mereka yang memerlukan.
Pilih Destinasi
Pilih destinasi pilihan anda dan temui pengalaman perjalanan yang menggabungkan penerokaan, budaya dan misi kemanusiaan.
Pilih Tarikh & Pekej
Pilih tarikh perjalanan yang sesuai dan pakej yang menepati keperluan serta pengalaman yang anda inginkan.
Buat Tempahan
Lengkapkan tempahan anda dan bersedia untuk menyertai perjalanan bermakna yang membawa anda lebih dekat kepada komuniti dan misi kemanusiaan.
Projek Akikah
Menerusi projek ini, beberapa ekor lembu akan disembelih untuk dijamukan kepada warga tahfiz dan komuniti setempat. Usaha ini dijalankan khusus bagi mengeratkan silaturahim di antara semua pihak yang terlibat di samping membantu aspek pembangunan dan kebajikan
warga tahfiz.
Projek Bantuan Komuniti Komuniti Muslim Kg. Otraw
Projek ini memfokuskan kepada pengagihan pek keperluan asas kepada penduduk setempat. Objektif utama pengagihan ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga di kawasan tersebut yang kurang berkemampuan.
Projek Bantuan Komuniti Muslim Sg. Mekong
Projek ini melibatkan penyaluran pek makanan keperluan asas yang merangkumi barangan seperti beras 10kg, minyak masak, gula, dan sebagainya. Bantuan ini disasarkan secara khusus untuk keluarga yang menetap di atas perahu dan kurang berkemampuan untuk menanggung kos kediaman mereka.


















