Tajikistan

Bukan sekadar travel. Ini adalah perjalanan untuk melihat, memahami dan menyumbang

Maklumat Destinasi

SESI 1 : 23 Disember 2026 – 30 Disember 2026

Hari 1: Ketibaan & Pengenalan Dushanbe: Penerbangan dari KLIA, Uzbekistan & Tajikistan, lawatan ke Taman Rudaki, Dataran Ismail Somoni, dan Muzium Negara Tajikistan.

Hari 2: Misi Kemanusiaan di Daerah Rudaki: Pengagihan lembu tenusu dan anak lembu kepada keluarga memerlukan, serta pengagihan pakaian kepada 200 penghuni rumah anak yatim.

Hari 3: Misi Bantuan Musim Sejuk di Daerah Khovaling & Perjalanan ke Darvoz: Pengagihan arang batu kepada keluarga memerlukan di Khovaling, lawatan ke tapak bersejarah dan tarikan pelancongan tempatan, serta perjalanan ke Darvoz.

Hari 4: Majlis Penyerahan Ambulans & Eksplorasi Alam di Darvoz: Majlis rasmi penyerahan ambulans kepada fasiliti perubatan daerah, meneroka keindahan alam semula jadi Badakhshan dan Darvoz (Chorchaman), serta perjalanan pulang ke Dushanbe.

Hari 5: Kembara ke Tasik Iskanderkul & Bandar Khujand: Lawatan ke Tasik Iskanderkul serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Khujand.

Hari 6: Lawatan Budaya & Santai di Wilayah Sughd: Lawatan ke Muzium Sughd, Bazar Panjshanbe, dan Istana Arbob sebelum bertolak pulang ke Dushanbe.

Hari 7: Projek Pemanas Musim Sejuk di Tursunzoda & Lawatan ke Hisor: Lawatan ke Kubu Bersejarah Hisor dan tarikan kebudayaan, serta majlis amal pengagihan pemanas di Tursunzoda.

Hari 8: Majlis Penutup & Perlepasan Pulang: Sarapan pagi dan penghantaran pulang delegasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dushanbe.

2026 – RM7,499/seorang (Diskaun RM500), Harga asal: RM7,999

Harga Pakej Termasuk:
● Tikat Penerbangan (Pergi dan Balik)
● Pengangkutan Sepanjang Program
● Penginapan
● Makan Minum
● Travel Insurans
● Internet
● Tiket (Aktiviti & Trip)

Harga Pakej Tidak Termasuk:
● Perbelanjaan Sendiri
● Aktiviti Pilihan

Pojek Kemanusiaan

Peserta berpeluang terlibat secara langsung dalam projek kemanusiaan seperti bekalkan lembu tenusu dan anak lembu, pemanas minyak, bekalan arang batu, pakaian musim sejuk dan penyerahan ambulan. Sebuah pengalaman yang menggabungkan perjalanan, kemasyarakatan dan sumbangan bermakna kepada mereka yang memerlukan.

01

Pilih Destinasi

Pilih destinasi pilihan anda dan temui pengalaman perjalanan yang menggabungkan penerokaan, budaya dan misi kemanusiaan.

02

Pilih Tarikh & Pekej

Pilih tarikh perjalanan yang sesuai dan pakej yang menepati keperluan serta pengalaman yang anda inginkan.

03

Buat Tempahan

Lengkapkan tempahan anda dan bersedia untuk menyertai perjalanan bermakna yang membawa anda lebih dekat kepada komuniti dan misi kemanusiaan.

Projek 1: Lembu Tenusu dan Anak Lembu

  • Kami menyasarkan untuk membekalkan 10 ekor lembu tenusu beserta anak lembu kepada 10 buah keluarga yang memerlukan.
  • Projek ini bertujuan untuk memberikan mereka sumber pemakanan harian yang berkhasiat serta menjadi punca pendapatan yang berterusan
  • Bantuan ini bukan sekadar sumbangan jangka pendek, malah ia dijangka terus memberi manfaat kepada keluarga-keluarga ini untuk bertahun-tahun lamanya
  • Melalui sokongan anda, kita dapat membantu keluarga-keluarga ini membina masa depan yang lebih stabil dan berdikari.

Projek 2: Bantuan Musim Sejuk – Pemanas Minyak (Radiator)

  • Memandangkan musim sejuk telah bermula di negara ini, Global Heroes mengambil inisiatif untuk melindungi keluarga yang memerlukan daripada cuaca sejuk yang ekstrem
  • Melalui inisiatif ini, Global Heroes akan mengedarkan 200 unit alat pemanas minyak (radiator) kepada keluarga yang terjejas.
  • Usaha ini diharap dapat membawa kehangatan dan keceriaan di dalam rumah mereka sepanjang musim sejuk ini.

Projek 3: Bantuan Musim Sejuk – Bekalan Arang Batu

  • Sebagai langkah untuk memastikan keluarga yang kurang berkemampuan kekal hangat pada musim sejuk, Global Heroes menyediakan bantuan bekalan arang batu
  • Projek ini akan memanfaatkan 200 buah keluarga yang sangat memerlukan
  • Setiap keluarga akan menerima sumbangan sebanyak 500 kilogram arang batu bagi melindungi mereka daripada ancaman cuaca sejuk.

Projek 4: Bantuan Musim Sejuk – Pakaian Musim Sejuk

  • Global Heroes turut menggerakkan usaha untuk menyediakan pakaian musim sejuk kepada keluarga yang terdedah kepada ancaman musim sejuk
  • Setiap sumbangan merangkumi kelengkapan penting seperti jaket, topi, dan kasut but.
  • Bantuan pakaian musim sejuk ini akan diserahkan kepada 200 buah keluarga bagi memastikan mereka dilindungi dengan baik

Projek 5: Penyerahan Ambulans (Daerah Darvoz)

  • Projek ini melibatkan misi penyerahan sebuah ambulans yang kini telah pun selamat tiba di Tajikistan
  • Ambulans ini akan diserahkan secara rasmi kepada hospital tempatan di Daerah Darvoz
  • Sebuah majlis penyerahan akan diadakan dengan kehadiran wakil daripada Kementerian Kesihatan Tajikistan, Kerajaan Daerah Darvoz, dan ketua doktor daerah tersebut
  • Inisiatif ini bukan sahaja amat bermakna buat komuniti tempatan, malah ia membuktikan impak positif daripada jalinan kerjasama kemanusiaan Global Heroes.
Borang Tempahan Tajikistan

Borang Tempahan Misi Tajikistan

 
 
 
Harga : RM250.00
No payment items has been selected yet