Global Heroes bermula sebagai sebuah syarikat pelancongan eksklusif yang menggabungkan pengalaman kembara dengan misi kemanusiaan. Kami tidak sekadar membawa pelancong melihat dunia tetapi membuka mata mereka kepada realiti kehidupan di luar sana yang memerlukan bantuan. Melalui pengalaman yang mendalam, kami menawarkan perjalanan yang lebih bermakna, di mana setiap langkah membawa peluang untuk meneroka destinasi baharu, memberi kesan positif kepada komuniti setempat dan mencipta perubahan yang berpanjangan.
Kami memulakan misi kemanusiaan dengan menjelajah ke pelbagai tempat, membantu komuniti yang memerlukan melalui program dan inisiatif yang memberi kesan besar. Dari kawasan yang bergelut dengan keperluan asas hingga perkampungan yang berusaha membangunkan ekonomi tempatan, setiap projek yang dilaksanakan membuka peluang kepada perubahan jangka panjang. Usaha kami tidak hanya memberi bantuan segera tetapi turut membina asas untuk masa depan yang lebih mampan dan kukuh bagi masyarakat setempat.
Setiap peserta yang menyertai Global Heroes bukan sekadar hanya pulang dengan kenangan, tetapi dengan jiwa yang lebih besar, minda yang lebih terbuka dan semangat yang berkobar untuk terus menyumbang.
Kini, pengalaman luar biasa menanti anda.
"Global Heroes, Touching Heart Everywhere!"
D-02-03, Plaza Paragon Point Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
+60 10-528 6262
globalheroes.my