HumanitarianTour

Pengembaraan anda bermula dengan Misi Kemanusiaan bersama kami!

Filipina

Kembali Tempah Sekarang

Maklumat Destinasi

2025

4 Julai 2025 - 8 Julai 2025

2026

14 Februari 2026 - 18 Februari 2026

17 Jun 2026 - 21 Jun 2026

Hari 1: Agihan pek makanan kepada mangsa kebakaran di Golden Mosque, Manila.

Hari 2: Lawatan ke Aga Khan Museum & program bersama anak yatim komuniti Maranaw.

Hari 3: Lawatan ke Mariana Cristins Falls & pelaksanaan Majlis Aqiqah.

Hari 4: Aktiviti memasak bersama pelajar & lawatan ke Paseo de Santiago.

Hari 5: Lawatan sekitar bandar Manila.

💡Tentatif ini adalah panduan awal dan mungkin berubah mengikut kesesuaian jadual, lokasi lawatan, serta keperluan projek kemanusiaan yang dijalankan.

2025

RM 4,299/seorang

2026

RM 4,299/seorang

Harga Pakej Termasuk:

  • Tiket Penerbangan (Pergi dan Balik)
  • Pengangkutan Sepanjang Program
  • Penginapan
  • Makan
  • Travel Insurans
  • Internet
  • Tiket Masuk:
    • - Tuk-tuk
    • - Aga khan Museum
    • - Maria Cristina Falls
    • - Lanao Lake Cruise
    • - Paseo De Santiago

Harga Pakej Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan Sendiri
  • Aktiviti Pilihan

Projek Kemanusiaan

Penternakan Ikan Keli

Projek penternakan ikan keli merupakan usaha untuk menjana pendapatan tambahan kepada madrasah serta membekalkan sumber protein yang murah kepada komuniti. Permintaan terhadap ikan air tawar seperti keli semakin meningkat, terutama di Marawi City. Pelajar dan guru akan dilatih dalam pengurusan ternakan sebagai sebahagian daripada program TVET.

Kolam ternakan telah tersedia berhampiran madrasah, memudahkan pelaksanaan projek. Hasil jualan ikan keli akan direkod dan digunakan bagi menampung operasi madrasah.

Imej Projek

Projek Sumbangan Anak Yatim

Perang saudara yang berlaku di Marawi City pada tahun 2017 telah menyebabkan kemusnahan besar serta kehilangan nyawa, termasuk ramai dalam kalangan umat Islam. Akibatnya, ramai anak-anak menjadi yatim dan kehilangan tempat tinggal. Kerajaan Filipina kemudian menyediakan penempatan sementara di kampung Sagonsongan, Marawi City, untuk anak-anak ini tinggal bersama ibu atau keluarga terdekat.

Melalui projek ini, pihak penganjur berhasrat untuk menyemai rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk menggembirakan anak-anak yatim, menanam rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan, serta memperkukuhkan jalinan silaturrahim sesama saudara seagama di muka bumi Allah.

Imej Projek

Aqiqah

Projek Kenduri Aqiqah ini melibatkan penyembelihan lembu aqiqah dan program kenduri bersama penduduk kampung di masjid di Barangay Abaga, Baloi. Daging lembu yang disembelih akan digunakan dalam kenduri tersebut, manakala keuntungan yang diperoleh daripada pelaksanaan aqiqah akan digunakan untuk membeli bahan masakan dan membuat persediaan bagi majlis kenduri.

Objektif utama projek ini adalah untuk membina kebersamaan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara umat Islam Malaysia dan penduduk tempatan. Selain itu, ia bertujuan menyalurkan dakwah secara santuni, mendapatkan sokongan masyarakat tempatan terhadap pembukaan madrasah baharu di bawah kelolaan YAR dan CGM.

Imej Projek

Bantuan Pelajar Madrasah

Projek Bantuan Pelajar Madrasah ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar madrasah yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Bantuan akan disalurkan dalam bentuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, kelengkapan belajar, dan tempat tinggal bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan selesa dan berfokus. Melalui inisiatif ini, pihak penganjur berharap dapat menyemai semangat keprihatinan dalam kalangan masyarakat serta memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk menimba ilmu agama dengan lebih sempurna. Ia juga bertujuan melahirkan generasi celik agama yang mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat pada masa hadapan.

Imej Projek

Destination Image 1
Destination Image 3
Destination Image 4
Destination Image 5
Destination Image 6
Destination Image 7
Destination Image 8
Destination Image 9
Destination Image 10
Destination Image 11
Destination Image 12
Destination Image 13
Destination Image 14
Destination Image 15
Destination Image 16
Destination Image 17
Destination Image 18
Destination Image 1
Destination Image 3
Destination Image 4
Destination Image 5
Destination Image 6
Destination Image 7
Destination Image 8
Destination Image 9
Destination Image 10
Destination Image 11
Destination Image 12
Destination Image 13
Destination Image 14
Destination Image 15
Destination Image 16
Destination Image 17
Destination Image 18

Cerita dari Instagram

Belum ada cerita Instagram untuk destinasi ini.

HumanitarianTour