2025
4 Disember 2025 - 9 Disember 2025
2026
1 Januari 2026 - 5 Januari 2026
24 Disember 2026 - 28 Disember 2026
Hari 1: Pengagihan Pemanas Radiator & Lawatan ke Monumen Bersejarah
Hari 2: Sumbangan Arang untuk Komuniti, Jelajah Kubu Hisor & Pengalaman Menunggang Kuda
Hari 3: Pengembaraan di Safed Dara: Kereta Kabel & Salji (Musim Sejuk Sahaja)
Hari 4: Ibadah Akikah & Sajian Makanan Panas, Eksplorasi Khovaling & Jejak Laluan Sutera
Hari 5: Penyerahan Generator di Darvoz & Menikmati Pemandangan Sempadan Afghanistan
đŸ’¡Tentatif ini adalah panduan awal dan mungkin berubah mengikut kesesuaian jadual, lokasi lawatan, serta keperluan projek kemanusiaan yang dijalankan.
2025
RM 6,999/seorang
2026
RM 6,999/seorang
Harga Pakej Termasuk:
Harga Pakej Tidak Termasuk:
Radiator pemanas adalah sangat penting untuk memastikan persekitaran rumah sentiasa hangat, terutamanya bagi golongan yang terdedah kepada kesejukan seperti warga emas dan kanak-kanak.
Dalam negara dengan iklim sejuk, radiator membantu mengekalkan suhu yang selesa di dalam rumah, menjadikan persekitaran lebih selamat dan sihat untuk semua ahli keluarga, terutama bagi mereka yang lebih memerlukan.


Arang batu adalah penyelesaian pemanasan yang kos efektif bagi banyak keluarga di Tajikistan yang tidak mempunyai akses kepada pemanasan elektrik. Dengan menggunakan arang batu sebagai bahan bakar, keluarga dapat memastikan rumah mereka kekal hangat sepanjang musim sejuk tanpa menanggung kos yang tinggi.
Penyediaan arang batu ini memberi kelegaan kepada golongan miskin dan yang memerlukan dalam masa yang sama membantu mereka mengatasi cabaran iklim yang keras.


Program tajaan ini memastikan anak yatim menerima bantuan yang berterusan bagi menjamin kesejahteraan mereka. Dengan sokongan yang diberikan, mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih stabil dan teratur.
Bantuan akan disalurkan sepanjang tempoh satu tahun bagi memastikan kesinambungan dalam perlindungan dan pembangunan mereka.


Projek penjana elektrik ini adalah inisiatif penting bagi memastikan kemudahan perubatan berfungsi tanpa gangguan elektrik, terutamanya dalam keadaan darurat. Hospital Darvoz ini terletak berhampiran Silk Road iaitu bersempadan dengan Afghanistan, dimana lebuh raya utama sempadan yang menjadi destinasi utama jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Penjana ini meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, di mana ini akan memastikan rawatan dapat dijalankan dengan efisien serta memberi impak besar kepada komuniti tempatan terutamanya dalam situasi kritikal.

Projek Aqiqah bertujuan untuk menyediakan makanan panas kepada penduduk kampung di Tajikistan. Daging aqiqah akan dimasak dan diedarkan kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan miskin dan anak-anak yatim.
Projek ini bukan sahaja memberi manfaat dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan komuniti Islam di sana.



























