HumanitarianTour

Pengembaraan anda bermula dengan Misi Kemanusiaan bersama kami!

Tempahan Destinasi: Sri Lanka


*Setiap penyertaan perlu membayar RM 250 per orang untuk menempah tempat duduk.

**Selepas sahaja selesai mengisi borang penyertaan, Global Heroes akan menghubungi setiap peserta bagi mendapatkan maklumat lanjut.

×

TERMA & SYARAT PENYERTAAN

Global Heroes adalah program pengembaraan kemanusiaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kubah Emas Travel & Tours Sdn. Bhd. Program ini memberi tumpuan kepada misi bantuan, pembangunan komuniti dan kesedaran sosial di lokasi-lokasi terpilih di luar negara. Ia turut menggabungkan elemen pendidikan, kebajikan dan pengalaman berimpak tinggi.

Dengan menyertai program ini, peserta secara rasmi mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya terhadap semua terma dan syarat dalam dokumen ini.

1. PENGESAHAN MAKLUMAT & BUTIRAN PROGRAM

Peserta bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan semua maklumat berkaitan program sebelum membuat sebarang bayaran deposit. Ini termasuk:

- Lokasi misi kemanusiaan

- Tarikh keberangkatan dan pulang

- Jenis pengangkutan

- Aktiviti atau modul program yang disenaraikan

- Kadar harga dan maklumat pembayaran

- Sebarang kesilapan atau perubahan maklumat hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan resit atau surat pengesahan penyertaan.

- Kegagalan peserta untuk menyemak dan melaporkan dalam tempoh tersebut dianggap sebagai persetujuan muktamad terhadap semua butiran yang dinyatakan.

- Sebarang kesan, kos tambahan atau risiko akibat kesilapan yang tidak dibetulkan dalam tempoh ditetapkan adalah tanggungjawab penuh peserta.

2. MAKLUMAT PERIBADI

- Peserta perlu memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan terkini termasuk:

- Nama penuh mengikut pasport

- Nombor kad pengenalan/pasport

- Alamat surat-menyurat

- Maklumat kecemasan

- Sejarah kesihatan asas dan alahan (jika ada)

- Peserta bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan kesemua maklumat tersebut sebelum membuat bayaran deposit.

- Sekiranya tiada maklum balas pembetulan diberikan selepas bayaran deposit dibuat, segala maklumat dianggap benar dan muktamad.

- Pihak Global Heroes tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang berpunca daripada maklumat peribadi yang salah, tidak tepat atau tidak dikemas kini oleh peserta.

- Segala maklumat peribadi peserta akan disimpan secara sulit dan digunakan hanya untuk urusan program, komunikasi rasmi dan keperluan keselamatan.

3. DOKUMEN PERJALANAN

- Peserta mestilah mempunyai pasport antarabangsa yang sah atau dokumen perjalanan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan negara yang dikunjungi.

- Tempoh sah laku pasport mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh ketibaan ke negara destinasi.

- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk:

- Memastikan dokumen perjalanan lengkap dan sah

- Mendapatkan visa atau kelulusan kemasukan (jika perlu)

- Menyimpan dan menjaga pasport masing-masing sepanjang program

- Pihak Global Heroes tidak bertanggungjawab terhadap:

- Kehilangan atau kerosakan pasport

- Kelewatan di imigresen akibat dokumen tidak lengkap

- Penolakan masuk oleh pihak berkuasa negara destinasi

- Walaubagaimanapun, pihak urusetia akan memberikan bantuan sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan yang tidak mengganggu kelancaran jadual program.

4. KELAYAKAN PESERTA

- Warganegara Malaysia atau individu yang memiliki dokumen sah.

- Berumur 18 tahun ke atas. Peserta di bawah umur perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga.

- Sihat dari segi fizikal dan mental, serta bersedia untuk menjalani aktiviti pengembaraan dan kemanusiaan dalam keadaan mencabar.

5. PENDAFTARAN & BAYARAN

- Deposit pendaftaran: RM250 (tidak dikembalikan dalam apa jua keadaan).

- Bayaran penuh mesti dijelaskan 30 hari sebelum tarikh berlepas.

- Kegagalan menjelaskan bayaran penuh akan menyebabkan pembatalan automatik dan tempat diberikan kepada peserta lain.

- Kaedah bayaran yang diterima:

- Tunai

- Pemindahan Perbankan Atas Talian (Online Banking)

- Cek (tertakluk kepada pengesahan dan penunaian cek)

Pihak Global Heroes berhak menangguhkan tempahan sehingga cek disahkan. Sebarang kehilangan tempat akibat kelewatan penunaian adalah tanggungjawab peserta sendiri.

- Semua bayaran hanya boleh dibuat terus ke akaun bank rasmi syarikat.

- Pihak Global Heroes tidak melantik mana-mana individu, agen atau pihak ketiga untuk mengutip bayaran. Sebarang pembayaran kepada individu selain syarikat adalah di luar tanggungjawab kami.

Maklumat Pembayaran Rasmi:

Bank: MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)

Nama Bank: KUBAH EMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

No. Akaun: 562263647142

6. PEMBATALAN & PEMULANGAN WANG

Pembatalan oleh Peserta:

- Lebih daripada 30 hari sebelum berlepas: 50% dari bayaran penuh dikembalikan (tidak termasuk deposit).

- 15-30 hari: 30% dari bayaran penuh dikembalikan.

- Kurang daripada 15 hari: Tiada pemulangan wang.

Pembatalan oleh Pihak Penganjur:

- Disebabkan faktor seperti bencana alam, wabak, konflik keselamatan, atau arahan pihak berkuasa.

- Bayaran akan dikembalikan sebahagian, atau dipindahkan ke program seterusnya, berdasarkan budi bicara penganjur.

- Tiada sebarang tuntutan ganti rugi tambahan akan dilayan.

7. TANGGUNGJAWAB PESERTA

- Menyediakan dokumen perjalanan yang sah: pasport, visa, vaksinasi atau sebarang keperluan kemasukan negara destinasi.

- Mematuhi segala arahan keselamatan, logistik dan protokol program.

- Menjaga disiplin, etika dan tingkah laku sepanjang program.

- Bersedia dari segi mental dan fizikal untuk keadaan asas yang mungkin termasuk:

- Penginapan ringkas

- Makanan tempatan

- Cuaca ekstrem

- Pergerakan intensif

8. PENAFIAN LIABILITI

Pihak Global Heroes, Kubah Emas Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas:

- Kehilangan harta benda peribadi

- Kecederaan, kemalangan atau kematian akibat kecuaian atau tindakan peserta sendiri

- Komplikasi kesihatan atau penyakit yang tidak dimaklumkan lebih awal

Penyertaan adalah atas risiko sendiri dan peserta bersetuju untuk melepaskan pihak penganjur daripada sebarang liabiliti undang-undang.

9. INSURANS PERJALANAN

- Insurans perjalanan asas akan disediakan oleh pihak penganjur untuk semua peserta. Perlindungan ini meliputi elemen minimum seperti:

- Kecemasan perubatan

- Kematian atau kemalangan semasa program

- Peserta amat digalakkan untuk mengambil polisi insurans perjalanan peribadi yang lebih komprehensif yang merangkumi aspek tambahan seperti:

- Pembatalan program secara peribadi

- Kehilangan bagasi atau barang berharga

- Rawatan lanjut di luar negara

- Tanggungan pihak ketiga atau kecederaan pihak lain

- Pihak Global Heroes tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan yang tidak dilindungi di bawah polisi insurans asas, termasuk kehilangan barangan peribadi, pembatalan disebabkan faktor individu, atau insiden di luar skop perlindungan polisi asas.

10. KERJASAMA DENGAN PIHAK LUAR

Program Global Heroes menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak luar bagi melancarkan operasi dan mencapai objektif kemanusiaan yang disasarkan. Justeru itu, peserta wajib mematuhi perkara berikut:

- Global Heroes menjalinkan kerjasama rasmi dengan NGO tempatan dan antarabangsa, agensi kerajaan serta komuniti setempat di lokasi misi.

- Peserta wajib menghormati semua protokol, arahan keselamatan dan tatacara kerja yang ditetapkan oleh rakan kerjasama kami.

- Peserta tidak dibenarkan untuk:

- Mengambil tindakan sendiri tanpa rujukan kepada urusetia.

- Memberi kenyataan rasmi, media atau sosial berkaitan organisasi rakan kerjasama tanpa kebenaran.

- Melibatkan diri dalam perbincangan politik, agama sensitif atau isu konflik tempatan.

- Sebarang pelanggaran terhadap etika kerjasama boleh menyebabkan:

- Penamatan penyertaan serta-merta.

- Tanggungjawab individu terhadap kesan undang-undang atau reputasi akibat tindakan yang tidak dibenarkan.

- Global Heroes berhak mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga hubungan strategik dan nama baik organisasi serta rakan kerjasama luar negara.

11. ETIKA & TINGKAH LAKU

- Menjaga kelakuan sopan, etika dan profesional sepanjang program.

- Menghormati adat, budaya, agama dan sensitiviti komuniti setempat.

- Dilarang menyebarkan sebarang kandungan (gambar/video) yang:

- Memperlekeh atau memalukan penerima bantuan

- Menghina agama, bangsa, negara atau organisasi

- Peserta tidak dibenarkan menggunakan nama "Global Heroes" untuk:

- Mengutip dana tanpa kebenaran rasmi.

- Menjalin kerjasama luar.

- Menyamar sebagai wakil sah.

12. HARTA INTELEK & MEDIA

- Semua gambar, video dan dokumentasi rasmi sepanjang program adalah hak milik Global Heroes, Kubah Emas Travel & Tours Sdn. Bhd.

- Pihak syarikat berhak menggunakan kandungan untuk promosi, laporan dan dokumentasi.

- Peserta perlu mendapat kebenaran bertulis untuk menerbitkan atau menggunakan kandungan program bagi tujuan peribadi.

13. PERUBAHAN TERMA & SYARAT

Pihak Global Heroes berhak mengubah, meminda atau mengemaskini terma dan syarat ini tanpa notis awal, mengikut keperluan semasa, polisi keselamatan atau keperluan operasi.

13. PERSETUJUAN

Dengan menghantar borang penyertaan dan/atau membuat sebarang bayaran, peserta secara automatik:

- Mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya terhadap semua terma dan syarat dalam dokumen ini.

- Bersetuju tanpa syarat terhadap semua syarat, tanggungjawab dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

- Melepaskan pihak penganjur daripada sebarang tuntutan berkaitan risiko, kerugian, kecederaan atau kerosakan yang dinyatakan dalam dokumen ini.

- Memahami bahawa segala maklumat peribadi yang diberikan akan disimpan dengan selamat dan tidak akan dikongsi, dijual atau didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali untuk tujuan rasmi program, keselamatan atau keperluan undang-undang. (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010).

HumanitarianTour